![]() |
Rumah tangga muslim bisa menjamin kelangsungan dakwah ? |
Aspek kehidupan yang tak kalah penting, sebagai umat islam dalam
kehidupannya menjalankan sunnah, menaati segala aturan keislaman sebagai bentuk
wujud kehidupan yang bernilai dan berpola islam luar-dalam, islam tanah air,
dan islam untuk keselarasan bangsa-bangsa. Salah satu hal yang dipersiapkan,
adalah membangun rumah tangga sebagai rumah tangga yang berlandaskan rumah
tangga muslim yang benar-benar menerapkan keislaman dalam mengatur tatanan
kerumah tanggaannya. Lalu, apakah rumah tangga muslim ini bisa selanjutnya
menjamin kelangsungan dakwah islamiyah yang berbekal kedamaian dan perlindungan
dalam penerapannya ?
Sebagai muslim yang beragama, sudah sepantasnya kita memantaskan
diri dalam mempersiapkan SALAH satu aspek penting untuk melalui hidup secara
Islam, dengan salah satu caranya menyediakan rumah tangga kita supaya menjadi
rumah tangga Muslim. Rumah tangga yang mempunyai ciri-ciri keislaman yang
sebenar sahaja boleh menyediakan persekitaran yang harmoni dan tarbawi
(bercirikan tarbiah Islam), melahirkan kasih sayang, hormat menghormati serta
pelaksanaan ibadah yang membawa kepada ketenangan dan ketenteraman. Rencana ini
cuba membincangkan persoalan rumah tangga Islam dan kedudukannya dalam
pembentukan generasi anak yang bakal memikul taklif (tanggungjawab) Islam.
Rencana ini akan menumpukan perbincangan kepada beberapa aspek komunikasi dalam
rumah tangga tersebut.
Bagaimana Pandangan Islam mengenai pembinaan rumah tangga ?
Berkaca pada islam, tentulah merefleksi dalam kehidupan kita. Dari
mulai tatanan kepribadian, berbangsa, dan maupun bernegara. Pandangan islam
dalam memaknai pembinaan tersebut, juga terbingkai dalam pembinaan dari rumah
tangga muslim itu sendiri, Sebelum kita meneruskan perbincangan mengenai tajuk
ini, mari kita fahami pengertian rumahtangga atau keluarga Muslim. Keluarga
Muslim ialah keluarga yang meletakkan segala aktiviti pembentukan keluarganya
sesuai dengan syari'at Islam.
Berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, terdapat beberapa tujuan
penting pembentukan rumah tangga Muslim ini, yaitu:
(a) mendirikan syari'at Allah dalam segala urusan rumah tangga.
(b) mewujudkan ketenteraman dan ketenangan jiwa dan roh
"Dialah Yang Menciptakan kamu dari diri yang satu dan
daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya"
(al- A'raaf.. 189)
Di dalam surah ar-Rum ayat 21, Allah SWT telah berfirman yang
maksudnya:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan
untukmu isteri-isteri daripada jenismu supaya kamu cenderung dan merasa
tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa mawaddah dan rahmat.
Sesungguhnya pada yang demikian benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang
berftkir. "
AI-Qurtubi telah mencatatkan komentar lbn Abbas mengenai 'mawaddah'
yang dijelaskan sebagai 'cinta kasih seorang lelaki kepada isterinya dan
'rahmah' pula bermaksud 'rahmatnya agar isterinya jangan sampai menderita atau
mengalami kesusaban'. Di sini dapat disimpulkan bahawa pembentukan rumah tangga
Muslim itu diasaskan di atas 'mawaddah' dan 'rahmah'.
Suasana rumah tangga yang dibina di atas dasar cinta dan kasih
sayang yang suci akan mententeramkan dan memberi ketenangan kepada jiwa dan roh
dalam kehidupan pendakwah. Dalam hal ini tiada contoh yang lebih baik dan tepat
daripada rumah tangga Rasuluillah SAW yang dibina bersama denga Saidatina
Khadijah, terutama ketika menghadapi cabaran dan pengalaman baru yang
memerlukan sokongan padu serta keyakinan tanpa sebarang keraguan si isteri.
Anak-anak yang dibentuk dalam suasana 'mawaddah' dan 'rahmah'akan
menghasilkan peribadi yang bahagia, yakin diri, tenteram, kasih sayang serta
jauh daripada kekacauan serta penyakit batin yang melemahkan peribadi.
(c) mewuiudkan sunnah Rasuluilah dengan melahirkan anak-anak soleh
sehingga umat manusia merasa bangga dengan kehadiran kita.
(d) memenuhi keperluan cinta kasih anak-anak. Ketidakseimbangan
atau ketandusan cinta kasih ini akan menyebabkan penyimpangan akhlak dan
perilaku.
Di dalam perkahwinan dan pembentukan rumah tangga Muslim, Islam
tidak menyempitkan tujuan perkahwinan kepada hanya untuk mendapatkan anak-anak
soleh (walaupun ini adalah antara tujuan perkahwinan), untuk mengekang padangan
dan menjaga kemaluan (walaupun ini juga menjadi matlamat perkahwinan) dan bukan
juga bertujuan untuk menyalurkan nafsu secara syar'i sahaja, sebaliknya Islam
telah menentukan matlamat yang lebih tinggi, mulia dan jauh jangkauannya. la
berkait rapat dengan matlamat kemasyarakatan, jihad serta pelaksanaan amal
Islam yang luas.
Walaupun matlamat terpenting dalam perbentukan rumah tangga Muslim
ialah untuk menyediakan suasana dan persekitaran yang subur bagi mendidik
anak-anak, Islam telah menentukan bahawa tuiuan utama kesinambungan zuriat
mempunyai kaitan dengan matlamat dakwah dan jihad. Tujuan ini dapat difahami
menerusi beberapa ayat al-Quran. Antaranya ayat yang menggambarkan doa Nabi
Zakaria yang berhajat kepada anak baqi mneruskan kewajipan dakwah yang
dipikulnya. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Ya Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang baik di sisi
Engkau. Anugerahkan aku seorang putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga
Yaaqub." (Maryam: 5-6)
Peristiwa yang dirakamkan di dalam al-Quran itu menunjukkan bahawa
seorang pendakwah juga berhajatkan anak seperti manusia lain, tetapi hajatnya
lebih mulia kerana ia menghendaki anaknya mewarisi tugas dakwah dan jihad yang
dipikulnya. Aspek ini penting kerana perjalanan dakwah dan pertarungan dengan
jahiliyah memerlukan masa yang panjang. Oleh itu, dengan adanya pewaris yang
meneruskan perjuangan, dapatlah dipastikan, insyaAllah, perjuangan itu tidak
mati di pertengahan jalan kerana pupusnya pendokong perjuangan tersebut.
Bagaimana melaksanakan pendidikan Islam dalam rumah tangga Muslim ?
Salah satu ciri penting yang membezakan rumah tangga Muslim dengan
rumahtangga bukan Muslim ialah pelaksanaan pendidikan Islam yang sebenar di
dalamnya. Para pendakwah dituntut supaya memberi perhatian serius mengenai
perkara itu. Anggota keluarga yang tidak mendapat pendidikan Islam atau yang
lebih parah lagi jika pendidikan mereka terus terabai, mereka bukan sahaja
tidak mampu menyambung perjuangan Islam tetapi mungkin merencat dan menjadi
penghalang perjuangan itu.
Pendidikan anggota keluarga dimulakan dengan pendidikan isteri.
Pendidikan ini bermula dengan pemilihan yang dibuat di atas dasar keimanan dan
keislamannya. Pendidikan isteri sangat penting diberi perhatian kerana isteri
memainkan peranan yang paling besar dalam pendidikan anak. Anak sulung pula
merupakan tumpuan kedua selepas isteri kerana isteri dan anak sulung (bapa juga
tidak terkecuali) merupakan qudwah (contoh teladan) kepada anak-anak yang lain.
Seandainya pendidikan isteri dan anak sulung terabai mereka tidak mungkin mampu
menjadi teladan yang baik kepada anggota yang lain di dalam keluarga.
Lalu, Bagaimana Keseimbangan di dalam rumah tangga itu sendiri ?
Berbicara mengenai sebuah keutuhan dalam berumah tangga bagi seorang Mukmin ialah tidak lain untuk melaksanakan
perhambaan kepada Allah, bukan menghalanginya daripada tugas utama itu.
Bagaimanapun ada banyak ujian dan fitnah di dalam rumah tangga. Salah satu ciri
penting yang perlu wujud dalam rumah tangga Islam adalah keseimbangan. Golongan
yong beriman perlu bersungguh-sungguh untuk melahirkan keseimbangan ini kerana
telah ramai golongan yang gugur daripada jalan yang penuh keberkatan ini kerana
gagal melahirkan keseimbangan ini dan mendidik isteri serta anak-anak menerima
keseimbangan ini.
Secara fitrahnya manusia mempunyai pelbagai keinginan hidup. Antara
keinginan itu ialah keinginan kepada harta, pasangan hidup, memiliki harta
(seperti rumah dan kenderaan), hidup selesa, berehat serta bersenang. Keinginan
ini tidak salah selagi wujud keseimbangan dengan tuntutan Allah. Suasana
persekitaran akan merangsang keinginan ini ke satu tahap yang mungkin
menyebabkan seseorang pendakwah mengabaikan tuntutan Islam atau terus mengetepikan
hak-hak Allah dalam kehidupannya. Sebagai contoh, setiap orang mempunyai
kecenderungan memiliki harta tetapi kecenderungan itu perfu diimbangi dengan
tuntutan mengeluarkan infaq di jalan Allah. Begitu juga dengan kecenderungan
untuk untuk berehat di rumah bersama isteri dan anak-anak diimbangi dengan
kekuatan tajarrud di dalam jiwa. Rifa'i Sirur di dalam bukunya 'Baitul Dakwah'
mendefinisikan 'tajarrud' sebagai 'memiliki sesuatu tetapi sanggup
mengorbankannya atau bersabar dengan kehilangan'.
Bagiamana dakwah itu terpancar dari rumah tangga Muslim ?
Dalam memaknai dakwah yang terpancar dari rumah tangga muslim, Dr.
Abdul Mufa'al Muhammad al-Jabari di dalam bukunya, 'Identifi Rumah Tangga
Muslim' menulis, di antara ciri wujudnya identiti rumah tangga Muslim ialah
kewajipan berdakwah mestilah terlaksana dalam rumah tangga itu. Ini bermaksud
angota rumah tangga - suami, isteri dan anak-anak - menjalankan usaha dakwah
kepada teman-teman, saudara mara mahupun jiran tetangga.
Suami Muslim yang soleh perlu melalui proses pendidikan dan terus
menerus mendidik dirinya sebagai pendakwah contoh kepada angota keluarganya.
Kesibukan di dalam kehidupan sehariannya biarlah berhubung kait dengan dakwah
yang telah menjadi darah dagingnya. lsteri dan anak-anak perlu dididik mengenai
tanggungjawab dakwah. Mereka hendaklah disediakan untuk memikul tugas dakwah.
Terdapat ramai juga pendakwah yang sangat aktif di medan dakwah
tetapi roh dakwah tidak wujud di dalam rumah tangganya sehingga bukan sahaja
isteri dan anak tidak memberi sokongan kepada perjuangannya, bahkan mereka
menjadi penghalang utama, mengusutkan fikiran dan menekan perasaan pendakwah
sehingga akhirnya pendakwah berkenaan meninggalkan perjuangannya.
Atas sebab inilah da'wah dan pendidikan perlu dilaksanakan di dalam
rumah tangga secara terancang dan berterusan. Anak dan isteri perlu dibimbing
peringkat demi peringkat dan tahap demi tahap untuk menjadikan dakwah Islam
sebati dengan kehidupan mereka.
Rumah tangga muslim sebagai landasan terciptanya benih dakwah yang
kuat dan didasari dengan sebuah kecintaan, bukan kekerasan. Rumah tangga muslim
sebagai bentuk dasar dari dakwah itu sendiri, sehingga dengan adanya rumah
tangga muslim yang baik dan benar-benar menerapkan aplikasi keislaman dalam
keberjalanannya, akan memberikan jaminan dalam kelangsungan dari dakwah itu
sendiri.
Tidak ada komentar: